Popular Posts

Friday, November 21, 2008

Fatwa baru PAS (Kedah): Babi kini 'Halalan Toyiban'




Artikel lepas gap ada buat pendedahan BOCOR 1.isunya tentang rancangan dap/mca/gerakan/konglomerat cina untuk menghalau melayu.menguasai negeri melayu secara sistematik. caranya mudah perbanyakkan kawasan penempatan baru untuk mereka.salah satu kaedahnya meletakkan benda yang menjadi haram pada melayu iaitu babi. di selangor kerjasama babi ini dibuat antara pkr melayu dan dap.lokasinya di ladang tumbuk sepang sebuah kawasan 80% melayu.

bila ada babi maka orang melayu secara beransur ansur akan keluar PINDAH dan orang cina perlahan2 masuk.hasil kerjasama celaka ini satu kawasan melayu telah hilang iaitu ladang tumbuk.

kenapa mereka pilih ladang tumbuk gap ? kerana 10km kelilingnya adalah kawasan bakal membangun klia,sepang,cyberjaya dan putrajaya. dlam masa 10 tahun bila babi ada di ladang tumbuk kawasan ini dan sekitar nya telah pun maju.melayu sudah tiada maka senanglah mereka menguasai ekonomi setempat. itulah yang telah terjadi di petaling jaya.pada 1970 80% penduduknya adalah melayu. perlahan lahan cina menyesakkan kawasan itu dengan bangunan kedai,gereja dan hari yang memonopoli kawasan itu adalah cina. subang kini menuju ke arah itu.

ini adalah teori rakan-rakan karkun (jemaah tabligh) yang hingga kini masih menjadi panduan hidup aku. karkun kata " kita kena berhati2 bila berkata..lagi kuat hujah kita berkata lagi laju ujian itu datang". sambung kawan gap si karkun tu " ianya macam bola..perlahan kita baling ke dinding maka perlahanlah impak yang melantun.jika kuat balingan bola itu ke dinding maka kuatlah lantunan bola ..silap aribulan kena tepat kat muka sendiri"..itulah kiasan karkun yang diambil contoh di atas daripada sabda nabi saw yang bersabda kiranya tiada apa yang perlu cakap maka lebih baik DIAM !

dulu masa kes JE dan virus nipah di negeri sembilan sekitar penghujung 1990 an, pas merupakan tukang sorak yang mem propagandakan isu babi..pelbagai gelaran diberi kepada umno.antaranya negeri sembilan darul khinzir,mb kerbau pendek (kebetulan isa samad memang ketot),negara islam pengeluar babi..bla bla bla..sebut sahaja nama mahfuz,mat sabu,hasan ali,dewan pemuda pas semuanya tatkala berada di atas rostrum taman melewar,rumah orang atau mana saja tempat ceramah maka merekalah yang memikul tugas penceramah babi pas. lepas cerita babi kepada pak2 lebai..lepas ceritakan kehodohan umno di negeri sembilan mereka beramai2 akan bertakbir !!!!! tanda puas sebagai pendakwah islam menghina sehina hinanya saudara islam yang lain..jangan risau sheikh..ini tak dapat dosa punya pasal menjadi ahli pas confirm masuk syurga !

masa berlalu hinggalah ke malam tadi..adussss biar betul gap tepuk dahi.PAS KEDAH NAK BELA BABI SKALA BESAR-BESARAN.apa yang dihujahkan adalah mengurus penternakan babi secara profesional seperti cadangan rakan se-per-babian mereka di selangor.lokasinya di kedah.ALASAN TAICINYA MUDAH...meneruskan kertas cadangan kerajaan negeri dulu.

DULU pas begitu marah kepada amerika atas pelbagai sebab.amerika kafir,amerika jahat,serang iraq,bunuh bla bla bla..maka beraraklah mereka setiap jumaat mengadakan demonstrasi di jalan tun razak. tak cukup dengan itu KITA BOIKOT BARANGAN AMERIKA. STARBUCK,MC DONALD,KENTUCKY,COKE DLL..HARAM HARAM MEMBELI BARANGAN AMERIKA.tak cukup dengan itu disebarkan segala info kedalam internet.hehe..hoho macam santa klaus bawak hadiah krismas, tersenyum ahli2 pas membangkitkan semangat anti amerika..siapa hero pas gap ? tak lain mat sabu,salahudin ayob,dr hatta,mahfuz dll..mereka dijulang bagaikan panglima perang badar ! POOOORRRAHHH...lepas kecoh nak boikot tup tup mat sabu jumpa guang eng kat restoran mc donald juga !!!! HIPOKRIT PALING MEMUALKAN !

dulu pas kata babi haram.duit kerajaan negeri haram,gaji haram hasilan penjualan babi.

PERSOALANNYA SEKARANG

adakah babi belaan pas nanti boleh bertukar fatwa menjadi halalan toyiban ?

dah takde binatang lain yang boleh dibuat binatang belaan ke ?

lembu kambing dah pupus ke kat kedah ?

SEJARAHNYA

tidak pernah lah dalam sepengatahuan hidup gap..membaca dalam kitab quran dan hadis, atau terbaca dalam mana2 buku sejarah ada pemimpin atau kumpulan islam membela babi sebagai cara penjanaan ekonomi mereka !

nabi musa pun tatkala dijodohkan oleh bapak mentuanya, telah diperisterikan dengan wanita pengembala kambing.begitu juga dengan nabi muhammad saw yang mengembala kambing sewaktu kecil. sebut sahaja uthman affan ra jutawan islam yang punyai banyak ladang kambing dan unta.ahmad albab pun bela kambing dan lembu..mana ada babi ? tapi pas ALAHAI PAS ALAHAI.....ala kasim ala kasim ampunkan mak kasim..mungkin inilah luahan kecewa pengundi pas !!!! arrrrgghhh...aku undi suruh tegak negara islam..dia buat negeri babi !!!

DENGAR KABAR
ketua kumpulan hamas khalid meshal mesti menangis melihatkan gelagat gilakan-babi pas ! osama dan aiman zharawi mesti solat taubat bila baca kiriman email dpd al qaeda cawangan kedah tentang cadangan pas buat kandang babi !
hasan nasrallah,moqtada as sadr dengar kabar sedia menghantar pengebom berani mati untuk mematikan cadangan pas nih !
mungkin juga mullah omar sanggup membutakan matanya yang lagi satu dpd melihat satu lagi projek gila-babi kumpulan pas!

TEPUK TEPUK TEPUK
dap dah stat buat kenduri babi kali ini. bijak cina menguasai otak melayu pakatan.bijak cina singapura.bijak mat salleh...tempat bela biarlah selangor dan kedah..tempat makan tempat aku.janji singapore bersih,janji britain bersih. ada juga orang islam sanggup mati-matian bela babi ..hehehehe..takpa takpa cekkk..demi undi. sistem terbaik bela babi ? kuman babi takkan hilang itulah fakta yang tak boleh dipertikaikan.mungkin pas dah ketemui ubat penghapus babi..mmm mungkin.dalam hati cina sikit hari ini pas boleh kasi check mate...

hehe bisik hati orang cina..baru sikit kata aku mau jadi umar abd aziz..baru sikit baca ayat quran masa pembentangan bajet perak..ini pas sudah kembang jubur.kembang buntut.buntut ada kasi naik lo...baru buat dua ini pas sudah kasi BABI LOOO....aiyah manyak cinang...

akir kata..itulah bala bila mengata orang berlebih-lebih. akirnya pas juga bela babi.betullah kata kawan karkun aku. dalam hati mungkin pas baling bola kuat sangat kat dinding sampai melantun kat muka sendiri !

PAS PIS PUS..SELAMAT MENGGADAI MARUAH KAMU ! HUDUD SUDAH HILANG ENTAH KEMANA..NEGARA ISLAM PUN DAH LUPA.BABI PERJUANGAN UTAMA.ANWAR DAN KALID SENYUM GEMBIRA.HILANGLAH LAGI SATU KAWASAN MELAYU. PJ,SUBANG,LADANG TUMBUK KINI MENDAPAT 'AHLI' BARU.

-GAP-

c/p http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7357

Monday, November 3, 2008

Berpegang pada amanah Majlis Raja-Raja Melayu

KENYATAAN Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini yang mengingatkan rakyat tentang keluhuran Perlembagaan negara yang seharusnya dipertahankan demi menjaga keharmonian dan perpaduan, merupakan satu sejarah tersendiri yang luar biasa. Ini kerana hal-hal begini biasanya dibicara dan dikeluarkan oleh kuasa politik yang memerintah negara.

Majlis Raja-Raja mungkin merasakan perlu ketika menghadapi kegawatan suasana negara sekarang ini untuk mengeluarkan titah bagi rakyat memahami bahawa Raja-Raja Melayu merupakan tumang pemerintahan negara yang seharusnya dihormati oleh semua lapisan rakyat. Maka titah Majlis Raja-Raja adalah sesuatu yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh rakyat dan Kerajaan.

Dalam tulisan ini, saya hanya akan menyentuh satu isu sahaja daripada kenyataan itu, iaitu kedudukan Islam sebagai agama negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan negara.

Sejarah negara kita mengemukakan banyak fakta dan peristiwa yang memugkinkan pihak Raja-Raja Melayu mengingatkan rakyat kepelbagaian kaum supaya tidak bertindak melampau menafikan kedaulatan agama Islam di negara ini. Raja Melaka, Parameswara, mengikut catatan sejarah, memeluk Islam sebagai lambang pengislaman kerajaan Melayu, dan permulaan sejarah negara di bawah naungan Raja Melayu ini tidak seharusnya dicabar dengan sewenang-wenangnya.

Prinsip perundangan dan pelaksanaan Islam selaras dengan adat istiadat Melayu yang telah diterima berdekad-dekad di negara kita seharusnya diambil sebagai kepunyaan rakyat semua kaum kerana pelaksanaan Islam secara adil tidak pernah menyentuh hak dan kepentingan serta kebebasan beragama rakyat bukan Islam.

Sejarah juga membuktikan bahawa Kerajaan Melaka pernah menerbitkan teks undang-undang yang bernama "Risalah Hukum Kanun" berasaskan undang-undang Islam tentang perkahwinan, muamalat, keterangan, kehakiman dan jinayat. Risalah ini merupakan dokumen penting tentang pelaksanaan Islam di dalam masyarakat Tanah Melayu, untuk menjamin kestabilan dan keadilan pemerintahan bagi masyarakat berbilang kaum yang sedia wujud pada ketika itu.

Hal ini membuktikan kedaulatan Raja Melayu dan status agama orang Melayu yang seharusnya diakui oleh rakyat, tanpa melihatnya dari sudut yang negatif, atau menganggapnya ugutan kepada masyarakt berbilang agama dan budaya. Dari sudut inilah, dan dari sudut status Islam dan Melayu di negara ini, terdapat kecenderungan sesetengah pejuang tanah air kita yang ingin menegakkan prinsip "ketuanan Melayu" mengikut kefahaman mereka. Iaitu ketuanan yang tidak seharusnya diterjemahkan secara literal sehingga dengan itu rakyat akan mendapat tanggapan bahawa ketuanan Melayu merupakan gagasan atau kaedah yang akan menjadikan bukan Melayu sebagai hamba dan rakyat kelas bawahan, yang seharusnya hanya tunduk kepada Melayu.

Bertolak daripada kefahaman ini, ramai pula pejuang negara kita yang tidak bersetuju dengan konsep ketuanan Melayu ini, kerana istilah ini telah membawa konotasi yang boleh menimbulkan rasa gelisah dan cemas di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Oleh itu agak adil bahawa konsep ketuanan Melayu ini dapat dilihat dari sudut yang lebih positif dan tidak menimbulkan sebarang prasangka di dalam masyarakat, iaitu ketuanan Melayu adalah bermakna status Melayu yang dihubungkan dengan agama, budaya, adat resam, bahasa dan kedudukan istimewa mereka sebagai rakyat Melayu yang dipayungi oleh Raja-Raja Melayu sendiri. Tidak ketinggalan sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah yang memakan korban yang banyak di kalangan orang Melayu sendiri. Inilah konsep keistimewaan orang Melayu di negara ini, yang sebenarnya mempunyai dan memiliki tanah air mereka ini sejak sekian lama. Sekiranya terdapat aliran yang ingin mencabar kuasa Raja-Raja Melayu, maka cabaran itu adalah merupakan cabaran kepada kedudukan Melayu sendiri di dalam negara yang asalnya bernama Tanah Melayu ini.

Sejarah juga mencatatkan terdapat beberapa negeri Melayu yang menjadikan Islam sebagai dasar perlembagaan negeri seperti di Johor pada 1895 dan Trengganu pada 1911. Tetapi sayangnya fakta ini hanya tinggal dalam catatan sejarah, tanpa dijadikan asas maklumat dan pendidikan rakyat umum, sehingga seolah-olah Tanah Melayu merupakan bumi asing dari kita, sehinggakan orang Melayu dilihat sebagai "pendatang" di negara sendiri.

Pengiktirafan

Sejarah Tanah Melayu baru, yang diberi nama "Malaya" oleh penjajah, juga memperlihatkan pengiktirafan yang sejati tentang status agama Islam, iaitu ketika Perikatan mengemukakan memorandum kepada Lord Reid, Pengerusi Suruhanjaya Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Perlembagaan Merdeka 1957) mencadangkan supaya Islam dijadikan agama negara Malaya. Sebagai balasannya yang adil maka prinsip ini tidak menyentuh hak warga negara bukan Islam untuk menganut agama mereka. Cadangan inilah yang diterima dan dimaktubkan di dalam Perlembagaan negara.

Kesediaan dan komitmen tiga kaum terbesar Malaya ketika menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada Kerajaan British, iaitu tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dalam aman dan harmoni, merupakan satu persefahaman asas yang menjadi prinsip pemerintahan negara ini.

Kontrak sosial tentang agama adalah persetujuan bersama di antara rakyat keseluruhannya tentang kandungan persetujuan yang telah diterima untuk diperuntukkan di dalam Perlembagaan kita. Oleh itu amatlah malang jika terdapat pihak-pihak yang cuba menafikan tentang wujudnya kontrak sosial ini ketika negara kita mencapai kemerdekaan dulu, atau berusaha untuk tidak memahaminya sebagai wadah keharmonian bangsa di dalam negara kita pada saat ini. Golongan inilah yang kelihatan sedang mencuba mencabar prinsip agama Islam di negara kita yang telah menjadi amalan dan diterima baik oleh semua kaum ketika negara mencapai kemerdekaan.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Raja-Raja Melayu amatlah kena dan tepat pada masanya ketika masyarakat berada di ambang perpecahan, dan menghadapi keadaan yang runcing, terutamanya sehingga terheret isu-isu agama yang remeh dan tidak sepatutnya ditimbulkan di dalam masyarakat kita yang bertamadun ini.

Adalah amat diharapkan bahawa proses dan usaha mempertingkatkan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia, dan usaha mengemaskinikan latihan dan pengeluaran tenaga manusia yang berkemampuan dalam pentadbiran agama dapat dilipat gandakan untuk melahirkan institusi pentadbiran, kehakiman, pendidikan dan semua institusi agama yang lebih berwibawa dan cekap sesuai dengan perkembangan negara yang pesat membangun.

Pendeknya, kedudukan Islam di Malaysia merupakan teras kewujudan institusi Raja Melayu, dan hal ini amat terserlah kepada dunia kerana Yang di-Pertuan Agong sendiri ketika mengangkat sumpah jawatan, antara lainnya berikrar akan mempertahankan agama Islam. Sebagai pemerintah tertinggi negara, ikrar yang dilafazkan ini amatlah bermakna sekali bagi rakyat dan negara.

Oleh itu, apabila Raja bertitah, maka tidaklah seharusnya timbul lagi gerakan melampau yang bertujuan mempolitikkan agama mengikut kepentingan peribadi, atau kumpulan yang tertentu sehingga meletakkan Islam di persimpangan jalan yang merbahaya.

Kita dalam keadaan sekarang tidak memerlukan golongan pelampau, termasuk golongan pelampau di dalam agama, iaitu kumpulan pelampau agama dari semua agama yang diamalkan di Malaysia. Hal ini disebutkan kerana di dalam apa saja agama yang wujud di dalam dunia ini akan terdapat golongan pelampau dan fanatik melulu. Golongan inilah yang seharusnya disekat daripada berleluasa di dalam negara yang selama ini berjaya menghayati kehidupan aman dan tenteram, penuh toleransi dan harmoni.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Bahaya politik perkauman

SELEPAS Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe membangkitkan secara terbuka isu status orang Melayu yang disamakan dengan istilah pendatang seperti mana orang Cina dan India ke alam Melayu, kini Naib Presiden MCA, Low Tiong Lai pula membangkitkan isu 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.

Sebelum ini perkara yang sama dibangkitkan oleh Gerakan dan DAP yang diterjemahkan melalui kajian oleh Lim Teck Ghee, bekas Pengarah, Pusat Kajian Dasar-Dasar Awam, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) berhubung pemilikan ekuiti bumiputera yang dikatakan mencapai sebanyak 45 peratus.

Kenyataan seperti ini mengundang pelbagai kontroversi. UMNO dan beberapa NGO Melayu menyifatkan pernyataan tersebut sebagai amat keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat setiakawan. Kenapa perlu isu-isu sebegini dibincangkan secara terbuka? Tidakkah ada saluran dalaman untuk membincangkan masalah ini?

Parti Gerakan mempertikaikan kajian yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Gerakan mahukan kerajaan mengeluarkan pendekatan atau metodologi yang digunakan dalam mendapatkan angka 18.9 peratus pemilikan ekuiti bumiputera oleh EPU.

Mereka juga menggesa EPU menjelaskan metodologi dan mengemukakan angka pencapaian ekonomi orang Melayu sejak 36 tahun. Kata Gerakan lagi, dasar ekonomi, persepsi, ekuiti dalam bursa saham orang Melayu mesti didedahkan secara telus untuk mengelakkan salah tanggapan orang Cina terhadap orang Melayu yang mana ia sama sekali tidak baik untuk negara ini.

Bagi Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Kor Ming (Al-Islam, Jun 2006), DEB bukan sekadar mendiskriminasi kaum bukan Melayu, malahan orang Melayu tidak terkecuali. DEB menurut beliau hanya menguntungkan segelintir orang Melayu. Ramai Melayu yang sepatutnya diberikan bantuan menerusi DEB tidak diberi perhatian, sebaliknya yang dibantu pula tidak menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberi. Mereka mengkhianati dan menipu kerajaan.

Hujah beliau lagi, bantuan yang diberikan tidak digunakan untuk memajukan diri, tetapi mengambil jalan pintas dengan menjual kontrak atau tender yang diperolehi kepada orang lain. Dasar sebegini katanya perlu diubah. Melanjutkan tempoh DEB ternyata tidak menguntungkan orang Melayu sebaliknya menguntungkan segelintir pihak yang rapat dengan pihak berkuasa. Kekayaan atau pegangan mengikut kaum sebenarnya akan terbuka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan

Jika diteliti secara mendalam, ternyata pandangan Gerakan, MCA dan DAP tidak banyak bezanya. Begitu juga dengan pertubuhan- pertubuhan Cina lain seperti SEDAR, INSAP, Dong Jiao Zong dan lain-lain lagi pertubuhan Cina atau lebih dikenali sebagai Huatuan.

Pendek kata, majoriti Huatuan senada dalam melihat hak-hak istimewa Melayu dan DEB. Pandangan mereka tergolong dalam kumpulan ultra kiasu, yakni melihat DEB dan pemilikan ekuiti Melayu dari sudut negatif.

Tidak ramai yang mengikuti jejak Tan Teong Jin, Ho Wah Foon, Tan Joo Lan (2005) yang melihat hak-hak istimewa dan DEB dari sudut yang positif. Kajian mereka mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan penyelidik-penyelidik Cina yang lain.

Tulisan mereka agak lembut, objektif, berpijak di bumi nyata serta memahami realiti dan sejarah. Bagi mereka, sebenarnya dasar DEB banyak mendorong masyarakat Cina terutama para usahawannya untuk gigih berdikari seterusnya menjadi lebih cemerlang dalam sektor korporat. Mereka merumuskan bahawa kemakmuran hidup dan masa depan masyarakat Cina bergantung kepada dinamika politik dan status ekonomi Melayu.

Dengan berkembangnya ekonomi orang Melayu, mereka turut dapat merasai nikmatnya. Perniagaan mereka turut berkembang kerana saling bergantungan antara satu sama lain dari segi penawaran dan permintaan.

Hari ini, agak malang setelah lebih 50 tahun merdeka, kita sebenarnya gagal untuk melahirkan penyelidik seperti Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan sebagainya. Apatah lagi untuk melahirkan orang-orang seperti Tun Tan Siew Sin, bekas Presiden MCA dan Tun Sambanthan, bekas Presiden MIC.

Sebelum pergi lebih jauh, cuba kita renungi kata-kata Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi, "Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Pilihan raya

Sebelum itu, Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara". Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, berapa ramai orang bukan Melayu seperti Siew Sin dan Sambanthan yang berjaya kita lahirkan? Rata-rata yang ada, adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan ultra kiasu, mahukan keadilan melalui konsep sama rata dan sama rasa.

Keadilan tidak lagi dilihat menurut definisi yang betul yakni meletak sesuatu pada tempatnya. Tetapi apabila keadilan dilihat semata-mata dari sudut konsep sama rasa, sama rata yakni jika orang Melayu dapat sebiji, maka bukan Melayu juga perlu diberi sebiji.

Jika dua biji diberikan kepada orang Melayu, satu biji kepada bukan Melayu, maka itu tidak adil, tanpa mahu menyelidiki atau sengaja buat-buat tidak faham kenapa keadaan sebegini wujud. Ini politik kurang matang yang menyelubungi politik Malaysia sekian lama. Justeru, tidak hairan jika wujud ketegangan dan tuntut-menuntut yang tidak pernah habis.

Isu-isu sensitif sebegini seolah-olah sengaja dibangkitkan oleh parti-parti Cina, apatah lagi ketika UMNO berada dalam kedudukan yang agak lemah selepas pilihan raya umum 2008.

Pengkaji bersependapat dengan Jayum (2007: 27-28) mengenai perlunya pengagihan ekonomi melalui DEB sepatutnya dilihat dari segi pemilikan ekuiti bumiputera berasaskan nisbah kependudukan.

Isu sebenar katanya bukanlah soal peningkatan sehingga 20 peratus sahaja atau kenapa 30 peratus tidak tercapai pada tahun 1990 atau 45 peratus telah dicapai menjelang pertengahan abad ke-19 sebagaimana yang didakwa oleh penyelidik- penyelidik bukan Melayu. Paras sebenar dan terakhir yang perlu dikejar selaras dengan agihan mengikut nisbah pendudukan ialah lebih kurang 65 peratus.

Persoalannya, apakah pendapat Jayum (2007) berkaitan agihan ekuiti mengikut nisbah kependudukan orang Melayu (bumiputera) sebanyak 65 peratus ini diterima bukan Melayu yang selama ini mahukan DEB itu dimansuhkan setelah tamat tempohnya? Jawapannya, sudah tentu tidak, kerana bukan Melayu mahukan keadilan berasaskan kesamaan dan kesamarataan. Orang bukan Melayu tidak mahu mengaku bahawa mereka lebih bernasib baik, jika dilihat daripada struktur strata hidup, berbanding dengan orang Melayu yang masih ketinggalan walaupun berada di tanah air sendiri.

Menurut Imran Imtiaz dalam tulisan bertajuk The Future of the Malaysian Chinese, walaupun ada 'diskriminasi' di Malaysia, orang Cina masih bernasib baik kerana mereka berjaya terus mendominasi ekonomi negara dengan pendapatan per kapita yang tinggi berbanding orang Melayu.

Dalam kata lain, orang Cina bukanlah warga negara kelas dua memandangkan mereka menikmati taraf kualiti hidup lebih baik.

Perlu diakui juga, tidak semua orang Cina yang berjaya sepenuhnya, ada di kalangan yang masih miskin dan memerlukan bantuan. Begitu juga dengan orang Melayu, tidak semua mendapat habuan DEB.

Justeru sudah sampai masanya semua perkara ini diteliti semula. Jangan sampai yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terus menjadi miskin. Perkara yang sama pernah dinyatakan oleh Tun Dr. Ismail, satu-satunya pemimpin yang berani berdiri menentang arus pelampau dan prasangka yang melanda. Meskipun Dr. Ismail menyetujui konsep hak istimewa Melayu, tetapi dia tidak segan menghebahkan bahawa hak istimewa hanya buat sementara, bukan hak yang hakiki untuk menindas hak orang lain.

Mengambil kira pandangan Dr. Ismail, bukan Melayu perlu melihat DEB dalam konteks yang positif. Seperti yang pernah dikatakan oleh Shamsul Amri, apabila MCA membangkitkan soal tender, reaksi orang Melayu adalah mereka akan kehilangan peluang (hak).

Inilah bentuk persepsi yang akan wujud jika kita melihat dari sudut zero sum game. Namun, jika dilihat dari sudut situasi 'menang- menang' sudah tentu persepsinya agak berlainan. Katakanlah satu kontrak untuk membina bangunan bernilai RM10 juta. Kita tahu kemungkinan orang Melayu untuk membinanya bukan mudah. Mungkin hak tender yang bernilai RM2 juta dapat kepada orang Melayu tetapi RM8 juta lagi jatuh kepada orang Cina. Persoalannya, kenapa yang difokuskan ialah RM2 juta sahaja, yang RM8 juta projek kepada kaum lain kita tidak bincang? Kenapa mereka asyik menuntut?.

Pendek kata, sifat zero sum game atau ultra kiasu sudah tertanam lama dalam pemikiran kita selama ini. Persoalannya, sampai bilakah mereka mahu sedar atau sengaja tidak mahu sedar? Orang Cina memang sedar bahawa UMNO akan meneliti apa yang dituntut, disebabkan UMNO amat bergantung kepada undi Cina untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, daripada jatuh kepada parti lain. Akibatnya, UMNO terpaksa akur dengan beberapa tuntutan yang dikemukakan.

Strategi politik Cina adalah mereka tahu bahawa jika UMNO tidak memberikan kesemua apa yang dituntut, sekurang-kurang UMNO akan memenuhi beberapa tuntutan mereka atau sebahagian daripadanya. Justeru, tuntutan paling ekstrem perlu dikemukakan.

Beberapa tuntutan atau sebahagian yang diberikan UMNO, sebenarnya itulah kemenangan terbesar kepada orang Cina. Misalnya, tuntutan orang Cina terhadap jawatan-jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan awam seperti jawatan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA.

Hari ini, kita sudah dapat lihat ada IPTA yang telah melantik bukan Melayu menjadi Timbalan Naib Canselor, begitu juga sektor perkhidmatan awam. UMNO yang menerajui BN telah menampakkan perubahan dan mula memberikan tuntutan-tuntutan Cina ini.

Didominasi

Persoalannya, sejauh manakah IPTS- IPTS atau syarikat swasta yang didominasi oleh orang Cina seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan lain-lain bersedia untuk menerima dan melantik Naib Canselor mereka daripada kalangan orang Melayu jika tuntutan ini dikemukakan suatu hari nanti?

Pengalaman menunjukkan bahawa orang Cina menentang sebarang percubaan untuk orang Melayu memasuki institusi mereka. Contohnya, kemasukan guru besar Melayu ke sekolah Cina.

Contoh lain adalah rancangan kerajaan untuk mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. Ia mendapat tentangan daripada masyarakat Cina yang diwakili oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Pertubuhan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) atau singkatannya Dong Jiao Zong (Utusan Malaysia, 27 April 2005). Dong Jiao Zong bersangka buruk dengan beranggapan bahawa ia bertujuan menghapuskan SJKC selepas ini. Rancangan ini menurut mereka tidak akan berjaya menarik orang Cina ke sekolah kebangsaan.

Sedangkan semua sedia maklum bahawa hanya di Malaysia, SJKC masih kekal dengan identitinya berbanding negara lain yang mana orang Cina menjadi minoriti. Negara seperti Singapura yang majoriti kaum Cina sekalipun, tidak lagi mempraktikkan bentuk sekolah Cina seperti yang ada di Malaysia (Lee Kam Heng dan Tan Chee Beng, 2000: 228).

Contoh lain yang tidak keterlaluan untuk ditonjolkan ialah Thailand. Pada tahun 1940-an, kerajaan Thailand bertindak menutup atau mengharamkan operasi semua sekolah Cina kerana bimbang akan menyukarkan proses integrasi dan asimilasi kaum. Mereka beranggapan, sekolah Cina hanya akan melahirkan nasionalisme Cina yang membahayakan sesebuah negara.

Justeru kerajaan Thailand telah bertindak mengasimilasikan semua orang Cina dan menghapuskan agen utama sosialisasi politik ini kepada satu sistem pendidikan Thai (Siam). Hasilnya, proses sosialisasi politik bertunjang kepada pendidikan Thai (Siam), telah berjaya melahirkan orang Cina yang mempunyai semangat nasionalisme Thai (Siam) begitu tinggi.

Ini diakui sendiri oleh ahli perniagaan atau penulis chauvanis Cina bernama Ye Lin- Sheng (2003: 129) dalam bukunya The Chinese Dilemma. Beliau terpaksa akur betapa beruntungnya menjadi orang Cina di Malaysia yang masih dapat mempertahankan semangat dan identiti kecinaannya.

Justeru, apa yang pernah disarankan oleh Tun Abdul Razak perlu dijadikan kenyataan. Beliau mengatakan integrasi merupakan suatu cara penyelesaian yang sesuai dalam menyelesaikan kemelut politik di Malaysia. Dasar kerajaan mengenai perpaduan kebangsaan bukanlah merupakan proses asimilasi tetapi dengan cara integrasi iaitu dengan membuat penyesuaian terhadap pelbagai budaya dan sosial yang dapat diterima oleh semua kaum di negara ini dengan berpaksikan kepada kaum asal (Comber, 2007).

Perlu diingatkan, asimilasi seperti Cina di Thailand dan Indonesia, tidak mungkin lagi berlaku kerana politik perkauman telah tertanam sekian lama. Ada yang memberikan alasan Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia disebabkan minoriti Cina di kedua-dua negara ini amat kecil berbanding Malaysia sebanyak 25 peratus.

Namun sejauh manakah langkah - langkah telah diambil untuk menyelesaikan masalah sedia ada? Semua dasar, kontrak sosial dan ramuan integrasi telah termaktub dalam perlembagaan, seperti isu bahasa Melayu, agama, hak-hak istimewa dan sebagainya. Cuma, yang ditunggu hari ini adalah pelaksanaannya secara telus dan jujur tanpa dipolitikkan.

Apakah kita harus terus melayan tuntutan-tuntutan seperti yang dinukilkan oleh Kim Quek (2004), yang menurutnya, penentangan orang Cina tidak dapat lari daripada perkara-perkara seperti, pertama; diskriminasi kaum dalam pelantikan dan kenaikan pangkat pekerja-pekerja di badan-badan kerajaan, menjadikan badan-badan ini hampir dikuasai satu bangsa sahaja (lebih-lebih lagi di lapisan tertinggi). Badan-badan ini termasuklah: perkhidmatan awam, polis, tentera dan pelbagai agensi semi dan separa-kerajaan.

Kedua; menghalang kaum bukan Melayu daripada tender dan kontrak yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan. Ketiga; mengenakan diskaun harga wajib dan kuota memihak kepada orang Melayu di dalam projek-projek perumahan.

Keempat; mengenakan kuota saham wajib bagi orang Melayu di syarikat bukan Melayu. Kelima; larangan menyeluruh terhadap pelajar bukan Melayu bagi memasuki institusi akademik awam (contoh UiTM) dan keenam; peruntukan biasiswa dan tempat belajar yang jelas berat sebelah dengan kadar yang sememangnya tidak munasabah yang menampakkan diskriminasi kaum (Mohd Ridhuan Tee, 2006).

Kesimpulannya, adakah semua tuntutan yang dikemukakan selaras dengan konsep keadilan yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya dan semangat perlembagaan? Sedangkan semua kita tahu bahawa kesemua tuntutan tersebut telah pun dibuka sedikit demi sedikit. Apa yang jelas, adalah sikap ultra kiasu yang sebenar. Sentiasa mahu menang tanpa memikirkan yang kalah itu sebenarnya akan menimbulkan masalah kepada yang menang. Apakah kita harus terus meletakkan kepentingan etnik di hadapan berbanding kepentingan nasional? Jika inilah bentuk budaya politik yang wujud, sebenarnya kita sedang bermain dengan api. Walaupun api itu masih lagi tidak kelihatan atau membara, tetapi bara itu tetap menyala. Bara inilah yang amat bahaya dalam politik Malaysia hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

DEB bukan dasar emosi

SEJAK akhir-akhir ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) sering menjadi 'peluru' bagi pelbagai pihak. Dalam menagih pengaruh (atau populariti), DEB sering dijadikan umpan besar. Ia ditafsir sebagai halangan utama pembangunan negara dan wajar dihapuskan bagi memastikan pembangunan yang lebih pantas.

Dalam konteks kepelbagaian bangsa, DEB dikatakan tidak adil kerana memberi keutamaan kepada masyarakat bumiputera dengan mengenepikan masyarakat lain.

DEB dipersoalkan dalam konteks pengagihan kekayaan dan peluang serta bermacam-macam lagi. Secara pentadbiran, tempoh pelaksanaan DEB iaitu 1970-1990 telah pun tamat. Namun, intipati dasarnya masih kekal segar dalam kesemua dokumen rancangan pembangunan negara.

Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010), Misi Nasional (2006 -2020), rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dan juga dokumen pembangunan sektoral yang lain meletakkan semangat dan harapan DEB sebagai umbi utama strategi pembangunan.

Tidak dinafikan setelah hampir 40 tahun dirangka, ramai yang lupa dengan dasar yang begitu penting dan bermakna dalam pembangunan negara kita, bukan sahaja untuk masyarakat bumiputera malah keseluruhan rakyat Malaysia. Penilaian ke atas mengapa semangat dan harapan DEB perlu terus dikekalkan boleh dibuat daripada pelbagai sudut.

Di sebalik hujah yang mungkin mencetus ketegangan emosi, perekonomian DEB sering dibelakangkan. Apakah DEB merupakan model ekonomi yang sudah lapuk? Benarkah kemajuan yang kita kecapi hari ini tiada kaitannya dengan DEB? Adakah arus globalisasi dan kemajuan teknologi menjadikan DEB tidak lagi relevan?

Benarkah kemajuan dan kemakmuran negara yang dicapai hari ini mampu terus dipertahankan sekiranya DEB dihapuskan? Persoalan-persoalan ini perlu kita rungkaikan.

Apa pun DEB adalah dasar 'ekonomi' baru, bukan dasar emosi. Kewajaran DEB tidak wajar diperdebatkan dengan hujah emosi. Keharmonian negara bakal terjejas. Perekonomian DEB perlu diperjelas agar dilihat relevan oleh seluruh rakyat Malaysia. Perekonomian DEB masih relevan malah mungkin lebih relevan dalam konteks pertumbuhan ekonomi semasa.

DEB adalah strategi 'intervensi' yang dibentuk bagi menangani kegagalan pasaran bebas (market failures). Idealisme ekonomi (khususnya pemikiran barat) sering melaungkan kewujudan pasaran yang bebas daripada campur tangan kerajaan sebagai satu model ekonomi yang terbaik.

Berdasarkan model pembangunan ekonomi yang sedemikian, pasaran yang bebas adalah efisien dan membolehkan pembangunan dan kemajuan dicapai dengan kadar yang lebih pantas.

Strategi

Semua pihak dianggap berpeluang menentukan strategi dan aktiviti masing-masing untuk maju ke hadapan. Ganjaran untung-rugi menjadi insentif kepada setiap individu. Daripada sudut yang ekstrem ada yang berpandangan bahawa campur tangan kerajaan adalah bersifat gangguan yang lebih menghalang mempercepat pertumbuhan ekonomi.

Dalam menolak DEB, banyak yang berhujah sedemikian. Namun yang berhujah mungkin kurang arif dengan perekonomian pasaran bebas yang hanya menjadi efisien jika ciri pasaran yang 'sempurna' dicapai.

Dari sudut penyertaan, kesempurnaan pasaran bererti semua pihak mempunyai peluang dan kemampuan yang sama untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pasaran bebas.

Persoalannya, adakah kesempurnaan sedemikian wujud? Samakah yang belajar di sekolah di kawasan pedalaman Sarawak dengan di Kuala Lumpur? Samakah peluang masyarakat di Baling dengan masyarakat di Johor Bahru? Samakah kemampuan industri kecil dan sederhana (IKS) berbanding syarikat multinasional?

Adilkah masyarakat yang mempunyai kekayaan bersaing dengan masyarakat yang ketinggalan akibat dipinggirkan? Bolehkah pasaran bebas menjamin bahawa ketidakserataan ini tidak meminggirkan sesuatu kelompok masyarakat menyertai proses pembangunan dan kemajuan?

Sifat invisible hand ekonomi pasaran bebas tidak mampu mengenalpasti semua ini. Inilah asas perekonomian DEB. Kewujudan pasaran sempurna adalah ilusi teori ekonomi.

Hakikatnya dari dahulu lagi tiada ekonomi di dunia yang mencapai tahap kesempurnaan dan boleh menidakkan intervensi daripada kerajaan.

Sememangnya, kerajaan tetap ada peranannya iaitu membentuk polisi dan strategi bagi menangani ketidak sempurnaan yang menyebabkan kegagalan pasaran.

DEB mempunyai perekonomian yang kukuh dan mampu disokong oleh teori ekonomi moden. Perekonomian DEB masih relevan. Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan yang dicapai oleh kita semua (bumiputera dan bukan bumiputera) hari ini ada kaitannya dengan DEB.

Pada tahun 1970-an ramai yang 'jalan bertongkat', kini bukan sahaja sudah ramai yang boleh berjalan sendiri malah mampu memimpin yang lain. Terapi DEB berkesan. Kemampuan masyarakat bumiputera hari ini amat jauh berbeza dengan statusnya pada awal 1970-an.

Peningkatan taraf hidup dan kuasa beli masyarakat bumiputera pastinya dimanfaat oleh masyarakat bukan bumiputera. Hasil daripada strategi DEB yang berkesan, berjuta masyarakat bumiputera telah berganjak dari kategori miskin kepada pendapatan menengah.

Keinginan dan corak permintaan golongan menengah berbeza. Permintaan ke atas rumah kediaman yang lebih selesa, kenderaan yang berkualiti, pendidikan yang bermutu, perkhidmatan kesihatan yang semakin canggih, hiburan, percutian dan sebagainya semuanya meningkat. Bukankah akhirnya semua masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera mendapat manfaatnya?

Jelas DEB untuk semua. Secara terus aplikasinya mensasar kepada masyarakat bumiputera tetapi limpahan dan kesan penggandaannya amat hebat. Semua merasa dan tiada yang terpinggir. Namun tidak boleh pula kita alpa.

Kegagalan pasaran yang menjadi asas perekonomian DEB memang wujud. Namun kita mesti benar-benar jelas di mana puncanya. Strategi DEB yang dibentuk mesti disasarkan untuk menangani kegagalan pasaran yang dikenalpasti.

Tanpa mengenalpasti punca sebenar kegagalan pasaran, strategi memperbaikinya tidak akan berkesan. Strategi mesti jelas, dilaksana dan dipantau keberkesanannya. DEB ialah senjata ekonomi yang berkualiti bagi menangani kegagalan pasaran namun jika tidak cekap kita mengendalikannya, mungkin buruk pula kesannya.

Tidak salah memberikan 'tongkat' kepada yang memerlukan tetapi rugi dan salah jika 'tongkat' ini diberikan kepada yang tidak sepatut menerimanya. Kita juga tidak mahu masyarakat Bumiputera terus bertongkat selama-lamanya.

Persaingan

Mesti ada elemen graduasi dalam DEB. Persaingan semakin sengit. Kita perlu segera memperbaiki kegagalan pasaran ini bagi memastikan kapasiti enjin dan pemandu yang setanding kecekapannya.

Penumpuan polisi perlu dialih daripada pengagihan kekayaan kepada pengagihan peluang yang berkualiti untuk berjaya. Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, memang wajar DEB dinilai kesesuaian dan pelaksanaannya seiring dengan kemajuan masyarakat dan negara serta perubahan struktur dan sifat ekonomi, termasuklah arus globalisasi dan kemajuan teknologi.

Bentuk kegagalan pasaran mempunyai evolusinya tersendiri. Pada tahun 1970-an, yang miskin berjalan kaki. Pada tahun 2020, yang miskin mungkin berkereta. Jika hari ini jurang pendapatan menjadi keutamaan, pada masa akan datang jurang digital pula mungkin menjadi fokus. Kalau dahulu pemilikan sumber asli amat bermakna, hari demi hari penguasaan ilmu lebih bernilai. Dalam apa jua keadaan kegagalan pasaran tetap akan ada. Perekonomian DEB yang berlandaskan kegagalan pasaran akan terus relevan dan wajar untuk kita meneruskannya, untuk manfaat semua dan pastinya dengan strategi pelaksanaan yang efektif dan efisien.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm