Popular Posts

Thursday, October 23, 2008

Terima Kasih kerajaan UMNO..


Terima Kasih kerajaan UMNO..

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO yg benar-benar menjaga hak melayu dan agama islam. Selama saya hidup di Negara Malaysia ini banyak kebaikan yang saya perolehi atas pentadbiran kerajaan yang dikuasai UMNO ini dan saya boleh katakan kepada orang melayu kerajaan UMNO adalah yang paling prihatin dan berkebajikan berbanding kerajaan dalam dunia ini..

1. Kesihatan
Kerajaan UMNO begitu menitik beratkan soal kesihatan rakyat, sejak lahir kita diberi pelbagai rawatan dan ubat-ubatan (suntikan polio, BCG, cacar) supaya kita boleh hidup sihat dengan izin Allah swt. Di sekolah juga pihak kerajaan menghantar doktor gigi untuk memeriksa gigi-gigi pelajar dan mengajar cara menggosokkan gigi dengan betul dan memberi rawatan pergigian pada pelajar. Beberapa suntikan juga turut diberikan pada kita seperti BCG dan Titanus.

Di Hospital juga kerajaan telah menaikkan taraf untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Beberapa hospital baru dan canggih dibina demi menampung pertambahan rakyat. Dan saya berterima kasih dan hargai kepada kerajaan UMNO kerana memberi saya ubat-ubatan yg terbaik di dunia ini tanpa perlu membayar sesen pun. Walaupun dikenakan bayaran tapi tidaklah sampai mencekik darah tetap ada fleksibiliti untuk orang susah.

Beberapa siri temujanji dengan doctor juga dijalankan kepada pesakit yg pernah memasuki hospital untuk mengetahui perkembangan pesakit. Saya ingin katakan kerajaan UMNO adalah kerajaan prihatin di dunia ini.

2. Pendidikan
Saya juga menghargai kerajaan UMNO kerana menyediakan pendidikan rendah dan menengah yang cukup efisien. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan MRSM sebagai platform yang membolehkan saya pergi melangkah jauh ke luar untuk menimba ilmu pengetahuan.

Beberapa biasiswa turut disediakan kepada pelajar melayu dan saya juga ingin katakan kerajaan UMNO adalah kerajaan tunggal yg menyediakan pinjaman pendidikan kepada rakyat (PTPTN) demi mahu rakyat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

3. Keselamatan
Saya juga menghargai kerajaan UMNO kerana memodenkan agensi pertahanan negara dengan pembelian pesawat pejuang dan kapal selam. Segala aset ini sebenarnya memberi petanda bahawasanya negara ini tidak mahu kuasa lain menjajah negara ini. Dengan itu juga negara tidak menghadapi ancaman dari negara jiran.

4. Pengangkutan
Terima kasih kepada kerajaan UMNO kerana meningkatkan mutu pengangkutan negara. Dengan pembinaan KTM komuter, putra line, star lrt dan KL monorel serta bus rapid KL memudahkan rakyat untuk bergerak dan memberi pilihan kepada rakyat untuk bergerak.

Pembinaan KLIA yg mampu menampung sehingga 100 tahun serta pelabuhan-pelabuhan kapal yg boleh mengendalikan berjuta TEU kontena juga memberi impak positif kepada ekonomi negara ini. Tambang bus rapid KL yg begitu murah juga RM2 sehari travel ke mana sahaja amat saya hargai.

5. Ekonomi
Terima kasih kerajaan UMNO kerana membantu org melayu untuk menjalankan perniagaan. Dengan tertubuhnya MARA, PNS, dan PUNB menggalakkan lagi usahawan bumiputera menceburi bidang-bidang baru terutamanya francise.

Dalam keadaan ekonomi yg baik saya mampu membeli kereta dan rumah. Ini bermakna rakyat mampu mempunyai aset sendiri. Dengan pengawalan harga minyak serta barang kawalan terbukti kerajaan UMNO begitu prihatin kepada rakyat jika dibandingkan dengan negara lain.

Kerajaan UMNO juga sedaya upaya menjaga hak melayu dalam bidang ekonomi ini.

6. Rakyat miskin
Kerajaan UMNO juga begitu prihatin kepada rakyat miskin. Ini terbukti dengan rancangan pembinaan rumah murah (PPRT, PPR) yang tidak ada didunia ini dan hanya kerajaan UMNO sahaja yg melakukannya.

Beberapa agensi seperti jabatan kebajikan masyarakat serta pusat zakat juga membantu golongan miskin ini. Orang-orang kurang upaya (OKU) turut diberi perhatian. Malah mereka diberi elaun apabila mengikuti bengkel khas untuk OKU.

7. Agama Islam
Kerajaan UMNO begitu menjaga agama islam. Ini terbukti wang kutipan zakat serta peruntukkan untuk agama islam tidak pernah berkurangan malah semakin bertambah. Kerajaan UMNO juga membina banyak masjid-masjid dan sekolah agama rakyat untuk pelajar islam.

Ramai jga pelajar islam dihantar ke al azhar untuk menimba ilmu agama. Masjid juga kian bertambah.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan yg kerajaan UMNO beri kepada rakyat. Kita tidak boleh menafikan perkara ini. Isu rasuah sememangnya wujud dimana-mana negara di dunia ini tapi kerajaan telah mewujudkan BPR untuk mengekang aktiviti ini.

Saya berharap UMNO akan terus memerintah kerana saya berasakan UMNO begitu adil kepada semua rakyat.

Saya takut jika PAS dan PKR pegang, segala kebaikan dan bantuan yang diberikan kerajaan UMNO ini akan berkurangan dan wujud kerajaan yang PRO BANGSA KETURUNAN PENDATANG..

Saya lebih suka menyokong kerajaan yang berkuasa adalah orang melayu bukan bangsa keturunan pendatang!

c/p http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22558#581086

Friday, October 17, 2008

'Jangan sentuh kontrak sosial'


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum bermula Mesyuarat ke-215 Majlis Raja-Raja di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.


Majlis Raja-Raja bersuara lindung hak Islam, Melayu

KUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah di sini semalam, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara," kata kenyataan itu.

Kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dan dikeluarkan oleh Bernama.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari yang berakhir semalam, dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Engku Ibrahim menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.

"Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

"Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin Melayu, sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan, telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan," katanya.

Beliau berkata, gejala itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum hingga menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Untuk itu, Raja-Raja Melayu wajar mengingatkan supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok," katanya.

Engku Ibrahim berkata, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Monday, October 13, 2008

Asal - Usul Orang Cina

Orang Cina Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini.

Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (新客, "tetamu baru").

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.

Dia buat lagi

Apa nak jadi dengan keadaan politik sekarang bermacam - macam isu yang cuba di ketengahkan. Terbaru Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Ho mencuba nasibnya dengan menyentuh isu yang belum reda dipertikaikan.Dengan lantang beliau mempersoalkan asal usul melayu .Agaknya dengan menyentuh sensitiviti kaum Melayu sokongan terhadap beliau akan bertambah apabila berlaku pemilihan.

Kenyataan seperti ini sepatutnya perlu dielakan walaupun kenyataan itu bukan suara pucuk pimpinan parti Gerakan namun beliau perlu mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap kenyataan tersebut.

Mari kita lihat di bawah :-

http://ms.wikipedia.org/wiki/Daftar_kaum_di_Malaysia#Kaum_Bumiputra_di_Semenanjung_Malaysia_.28Melayu.29

Kaum Bumiputra di Semenanjung Malaysia (Melayu)

* MELAYU ANAK JATI: penduduk pribumi Semenanjung Malaysia yang telah ditakrifkan sebagai orang Melayu.
o Suku Johor - orang Melayu Johor yang mendirikan kerajaan purba Kota Gelanggi.
o Suku Kedah - orang Melayu di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang mendirikan kerajaan purba Kedah Tua.
o Suku Kelantan - orang Melayu Kelantan yang mendirikan kerajaan purba Langkasuka dan Pan Pan.
o Suku Orang Laut - penduduk pribumi Melaka dan Johor yang setia terhadap Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor-Riau.
o Suku Pahang - orang Melayu Pahang yang mendirikan kerajaan purba Kota Pahang (atau Kota Biram atau Muang Pahang).
o Suku Patani - orang Melayu Patani yang mendirikan kerajaan purba Langkasuka
o Suku Perak - orang Melayu Perak yang mendirikan kerajaan purba Gangga Negara.
o Suku Terengganu - orang Melayu Terengganu yang mendirikan kerajaan purba Tan-Tan.

* MELAYU ANAK DAGANG: suku-suku Nusantara yang berasal dari Kepulauan Indonesia dan Indo-China tetapi telah ditakrifkan sebagai orang Melayu.
o Suku Aceh
o Suku Banjar
o Suku Batak
o Suku Boyan (Bawean)
o Suku Bugis
o Suku Cham
o Suku Jambi (Melayu Jambi)
o Suku Jawa
o Suku Kampar (Melayu Kampar)
o Suku Kerinci
o Suku Mandailing
o Suku Minangkabau
o Suku Rawa
o Suku Riau (Melayu Riau)
o Suku Utsul (Cham Hainan)

* MELAYU KACUKAN: wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu Malaysia dengan kaum lain.
o Melayu Arab
o Melayu Cina - tidak termasuk Cina-Muslim.
o Melayu Eropah
o Melayu India - tidak termasuk India-Muslim dan Mamak.
o Melayu Turki

[sunting] Kaum Bumiputra di Semenanjung Malaysia (Orang Asli)

* Semang (Negrito)
o Kensiu
o Kintak
o Lanoh
o Jahai
o Mendriq
o Bateq
* Senoi
o Temiar
o Semai
o Semoq Beri
o Jah Hut
o Mahmeri
o Che Wong
* Melayu Proto (Melayu Asli)
o Orang Kuala
o Orang Kanaq
o Orang Seletar
o Jakun
o Semelai
o Temuan

[sunting] Kaum Bumiputra di Semenanjung Malaysia (lain-lain)

* Serani
* Siam Malaysia

[sunting] Kaum Bumiputra di Sabah

* Kadazandusun
o Dusun
o Dusun Liwan
o Dusun Tindal
o Dusun Pahu
o Dusun Lotud
o Dusun Labuk
o Dusun Kimaragang
o Dusun Tobilung
o Dusun Segama / Subpan
o Dusun Tambanuo
o Dusun Tambunan
o Dusun Tatana
o Kadazan Papar
o Kadazan Penampang
o Tagahas
o Tangara
o Rungus
o Orang Sungai
o Kuijau
o Bagahak
* Bajau
o Iranun
o Bajau
o Suluk
o Ubian
o Binadan
* Murut
* Paitan
* Bonggi
* Idahan
* Orang Brunei (Melayu Brunei)
* Lundayeh (di Sabah)
* Iban (di Sabah)
* Kedayan
* Bisaya
* Kimarang
* Rumanau
* Minokok
* Tidung
* Bundu
* Kimensi
* Lobou
* Orang Ulu

[sunting] Kaum Bukan Bumiputra di Sabah

* Filipino
* Kokos
* Cina
* Bugis
* Jawa
* Banjar
* Pakistan

[sunting] Kaum Bumiputra di Sarawak

* Iban
* Melayu Sarawak:-
o Suku Brunei (Melayu Brunei)
o Suku Dayak-Muslim
o Suku Melayu (Melayu Sumatera)
* Melanau
* Bidayuh
o Biatah - Padawan
o Bukar/Sadong - Serian
o Jagoi/Singai - Bau
o Selakau/Lara - Lundu
* Orang Ulu:-
o Kayan
o Kenyah
o Kajang
o Kejaman
o Punan
o Ukit
o Penan
o Lun Bawang
o Lun Dayeh
o Murut
o Berawan
o Kelabit
* Bisaya
* Kedayan

[sunting] Kaum Cina Malaysia

Orang Cina Malaysia:

* Suku Hokkien
* Suku Hakka
* Suku Kantonis
* Suku Hainan
* Suku Hoklo
* Suku Hui
* Suku Henghua
* Suku Peranakan
* Suku Teochew

[sunting] Kaum India Malaysia

Orang India Malaysia:

* Suku Tamil
* Suku Bengali
* Suku Gujerati
* Suku Malayali
* Suku Sinhala
* Suku Telugu
* Suku Punjabi

[sunting] Kaum Peranakan

* Baba dan Nyonya
* Chetty

Perlukah Ia Dijadikan Budaya??

c/p http://siputsedey.blogspot.com/2008/09/perlukah-ia-dijadikan-budaya.html

Perlukah Ia Dijadikan Budaya??

Demontrasi.... Sana sini... Semakin lantang disuarakan...
Perlukah ia menjadi budaya baru dalam masyarakat kita??
Di manakah kelembutan dan ketoleransian masyarakat majmuk ini??

Semalam berlalu dengan ugutan
hari ini dijadikan pula batu loncatan...
esok lusa, mungkin dijadikan alasan...

Apakah ketoleransian ini semakin pudar?
Lantaran kepentingan sesuatu puak
yang semakin berpuak-puak...
Tiada langsung erti berdamai
Tidak pula mahu bersatu padu....

Adakah Al-quran dan Hadis digunapakai sebahagian sahaja??
Lantaran ahli-ahli agama yang semakin berani bersuara demi kepentingan peribadi semata...
Tidak pula mereka takut akan azab Allah ke atas golongan mereka yang mengetahui....
Tetapi tidak mahu menyampaikan kebenaran??

Cita-cita pula menghalalkan cara...
Walau cara itu bertentangan dengan jalan yang satu...
Walaupun cara itu berakhir dengan seribu penderitaan....

Perlukah ia dijadikan budaya?? Adakah perbalahan kaum ini semakin meruncing??
Apakah parti A atau parti B itu penentu kejayaan sesuatu kaum?
Lantaran kebiadapan kaum itu melampaui batasan kemanusiaan....
Lantaran ideologi politik semakin digunapakai berbanding fahaman agama tauhid yang satu ini...
Perlukah budaya ini diterap ke dalam jiwa???

Zamspotte
9.54 pm
14 September 2008
-------------------------------------------------------------------------------------------------

puisi ini ditujukan buat mereka yang menghalalkan apa jua cara bagi mencapai cita-cita. Demontrasi, bukanlah buday kita. Ada ulama' yang berkata sembahyang jemaah itu adalah bentuk demontrasi.... Namun, adakah kita bersembahyang jemaah itu untuk protes kepada tuhan yang kita sembah?? Nauzubillahi min zalik...